Sunday, September 14, 2008

Ramadhan.....Neraca Keimanan

Kedatangan Ramadhan pada tahun ini agak bermakna pada seluruh umat Islam terutamanya yang mengikut perkiraan falak sama dengan Malaysia.Pada tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada 1 September, sesuatu yang agak berlainan.Banyak golongan yang terasa maknanya.Bagi imam-imam hafiz,mudah untuk mereka merancang,menyusun agenda tadarus dan juga juzuk berapa yang perlu bersedia untuk membawa tarawih.Kalau tarikh ini x serentak, mereka akan confuse; "malam ini malam ke berape ha?","malam ni juzuk berape ha?" dan macam-macam lagi.Bayangkan,tahun ini senang;kalau esok 2 haribulan,bermakna malam ni juzuk 2 diorang akan bawa tarawih dan seterusnya....benda ini susah hendak difahami oleh orang biasa,cuma 'budak-budak' tahfiz saja yang faham...jika nak tahu maksudnya,tanyalah mereka.Jika kita lihat suasana Ramadhan,setiap orang ada agenda masing-masing dalam menerima kehadiran Ramadhan.Ada yang nampak inilah peluang untuk menambahkan duit,ada yang nampak bulan ini untuk menguruskan badan,ada yang nampak bulan ini bulan untuk 'melantak' macam-macam makanan,ada yang nampak ini adalah peluang untuk memperbaharui keimanan mereka....tapi tidak tahulah..sama ada istiqomah atau tidak...pendek kata,semua ada agenda masing-masing.dari macam-macam agenda,kita boleh dapat agak,mana satu agenda-agenda tersebut adalah adalah agenda keimanan.Golongan yang beragenda keimanan kita boleh nampak 'cahayanya'....mereka lebih baik,lebih tenang,lebih tekun beribadah dan lebih banyak terzahir sifat mahmudah.itulah sifat-sifat para sahabat nabi ketika menyambut Ramadhan,kerana mereka memahami falsafah Ramadhan...Sebenarnya,dalam mendapat atau berusaha untuk mencapai sesuatu,kita perlu tahu falsafah perkara tersebut.falsafah itulah rahsia,dan kunci rahsia adalah ilmu.Namun bukan bermakna apabila ada ilmu kita sudah kuasai falsafah perkara itu.falsafah itu dapat dihayati apabila sifat ikhlas itu hadir...ingat...syaitan terang-terang mengakui musuh paling besar buat mereka adalah orang yang ikhlas...mungkin bab ini akan dibincangkan lebih mendalam dalam posting lain.Berbalik kepada Ramadhan...Dengan sedikit penerangan di atas,maka difahami mengapa Ramadhan adalah neraca keimanan kita, yang Allah sudah beri kepada kita awal-awal lagi di dunia ini.Allah Maha Pengasih...Dia bagi kita peluang memeriksa diri kita sendiri dahulu sebelum kita dihadapkan ke mahkamah Akhirat..supaya kita tahu apa yang nak kita bawa kepadaNYA...Subhanallah...Jika ada orang memanggil Ramadhan adalah universiti taqwa,penulis memanggilnya NERACA IMAN..apa pun panggilannya...semua menuju ke arahNYA...itu yang sepatutnya setiap kehidupan pegang...FROM ALLAH,TO ALLAH,FOR ALLAH

3 comments:

aNAaaThe0NE said...

Ramadhan..neraca keimanan.yep..Ramadhan menguji keimanan umat Islam utk mbnyak kan ibadat kpd Allah utk mghindar sgala larangan Allah.Ramadhan mberi kte kesedaran ats sgala kesilapan & kelalaian dahulu.Semoga keberkatan Ramadhan mengubah kte ke arah jln kebenaran mengubah kte mjd insan yg lbh baik.Smoga kesedaran ini beterusan ke akhernya..tidak hanya terhenti pada 30Ramadhan.iAllah..

raja hazwani aimi said...

welcome to blogger world....finally angah did it...bravo!!!!

sodut said...

hm, raje, I like this post very much.
aku rase ko patut stop buat masters kat ukm tu tulis buku lg elok!

hahah, just kidding, keep on writing though!