Tuesday, September 16, 2008

nuzul quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua...

Bertemu lagi kita di 'memorabilia of intellects' ini.tanggal 17 ramadhan satu peristiwa yang menggemparkan seluruh alam berlaku....penurunan Al-Quran..Al-Quran...ia adalah kitab,kalamullah,sumber segala ilmu,dan lambang mukjizat nabi akhir zaman.beruntunglah sesiapa berada di masa pasca penurunan Al-Quran ini kerana Allah memberi jaminan akan memelihara Al-Quran ini dari dinodai sebagaimana berlaku pada kitab-kitab sebelumnya.setiap yang berlaku,semuanya Allah aturkan,dan semuanya ada hikmah.tidakkah kita sedar,Nabi Muhammad S.A.W adalah penutup segala nabi,maka jika pemeliharaan Al-Quran tidak dijamin oleh Allah,sudah tentu manusia zaman ini caca marba.akan timbul Quran bermacam-macam versi,salinan dan pembawakan.apabila terdapat perbezaan pendapat,tiada rujukan mutlak untuk kita kembali.semua ini Allah telah maklum sejak azali lagi.dengan keterjaminan bahawa Al-Quran ini dijamin terpelihara,maka Allah menyuruh kita merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah jika kita berselisih pendapat dan idea(Surah An-Nisa')Penulis amat menggemari menyentuh perkara ini kerana penulis boleh dikatakan sebahagian dari golongan yang menjaga Al-Quran di dalam dada.namun penulis sedar penulis ini tidaklah ada apa langsung jika hendak dibandingkan di sisi Allah..hanya seorang hamba yang mencari-cari keredhaanNya.moga usaha penulis menukilkan apa yang terbuku di dalam fikiran ini diredhaiNYA.Bersempena bulan ramadhan dan malam nuzul quran ini penulis ingin membawa para pembaca sekelian kepada perbincangan tentang fenomena yang tidak sihat yang melanda masyarakat sekarang,iaitu betapa sempitnya masyarakat meraikan bulan ini sebagai bulan tadarrus Al-Quran.apa kata kita mulakan perbincangan kita ini dengan menyoroti apa yang sedang berlaku sekarang.penulis dalam tulisannya atau penghujahannya lebih suka mengupas sesuatu topik dengan cara mempersembahkan dua keadaan;iaitu 'real situation' (keadaan semasa) dan 'ideal situation'(keadaan ideal).pembawakan ini terdidik dalam diri penulis disebabkan penulis merupakan pelajar sains fizik di ukm,maka dalam permasalahan sains terdapat berbagai-bagai formula bagi setiap fenomena sains.formula-formula ini sebenarnya persamaan dalam keadaan ideal.namun jika kita buat ekperimen dalam 'real time',ia pasti tidak dapat mencapai ideal,kerana itulah keadaan semasa.namun jika 'error analysis' sesuatu bacaan adalah kecil,maka keadaan itu menghampiri ideal.apabila kita mengetahui 'ideal result' dan 'experimented result',maka senanglah kita untuk memperbaiki kerja kita.apa kata kaedah saintifik ini kita gunakan di dalam kehidupan kita.umumya,apabila kedatangan ramadhan,sibuklah orang untuk bertadarrus.apa yang mereka tahu,akan ada satu slot masa di mana mereka beramai-ramai membuat halaqah,membaca Quran secara 'sendirian berhad',(jika ada yang menyemak,takkan dapat disemak semua memandangkan ingin mengejar masa)dan tiba hari yang ditetapkan,khatamlah mereka......lagi banyak kali khatam,lagi 'gempaklah'...tidakkah semua sedar,mereka sebenarnya menyongsangkan falsafah tadarrus Al-Quran itu sendiri.mereka mengejar kuantiti,bukan kualiti tadarrus itu.dalam mengejar 'target' mereka,berapa banyak kesalahan tajwid si qari langgar,berapa ramai orang yang agak 'lembam' dalam membaca quran semakin hilang minat untuk 'membuka' quran,berapa ramai para ulama' terkilan tidak diberi ruang mengupas isi kandungan al-quran sedalam-dalamnya.dunia semakin songsang.jika hal-hal hiburan misalnya rancangan realiti nyanyian,setiap kali ada perkembangan;penyingkiran peserta,skandal,pendedahan,semuanya di'forumkan' sedalam-dalamnya.siap ada post moterm lagi.semua ini adalah songsang!masyarakat harus mamahami falsafah nuzul quran dan tadarrus quran ini kembali.'tadarrus' bermakna pembelajaran,pengajian.tadarrus Quran pula membawa pengertian kita 'meraikan' quran itu.maknanya kita lakukan islah atau penambahbaikan dalam pemahaman ajaran quran,mutu bacaan quran,dan usaha menarik ramai manusia kembali kepada quran serta mendekati quran.kita lupakan target bila kita boleh khatam Quran.kita fokuskan kepada usaha saling memperbetulkan bacaan kita.biarlah dalam satu malam kita hanya dapat capai beberapa helai sahaja,asalkan kita dapat baiki mutu bacaan kita.dengan keadaan ini,jika terdapat kawan-kawan kita yang 'lembam',mereka takkan rasa mereka tiada tempat dalam halaqah tersebut,all taken care off.dalam halaqah tersebut perlu diterapkan motivasi agar setiap anggota takkan mengalah,malah terus komited membaiki mutu.berikan harapan kepada yang lembam.practice makes perfect,Allah akan ampunkan dosa-dosa melanggar tajwid mereka dengan syarat mereka membacanya dalam keadaan 'belajar'(disemak).program-program kupasan isi kandungan quran perlu dibuat secara besar-besaran supaya dapat ditunjukkan(dakwah)kepada orang bukan islam bahawa di sisi orang islam Al-Quran adalah segala-galanya.maka Insya Allah 'IZZAH Quran itu akan terpancar ke seluruh alam.itulah senjata dakwah kita.tunjukkan kepada yang belum mendapat hidayah bahawa kita ada sesuatu yang lengkap,menjadi pedoman dan panduan buat kita di dunia ini.inilah perbezaan antara muslim dan non-muslim.mereka tiada sesuatu yang boleh mereka dakwa bahawa "ini sudah cukup buat kami",tetapi bagi umat islam,"Al-Quran sudah cukup buat kami."Alangkah indahnya masyarakat kita jika agenda ini dapat direalisasikan..Penulis berani dakwa bahawa corak pendidikan,mindset masyarakat dan pemerintah GAGAL dalam memartabatkan Quran sebagai pegangan hidup manusia secara total.Akhir kata,usaha ini memerlukan kesedaran secara kolektif.apalah sangat tulisan penulis ini jika kita semua masih berkata, "biarlah mereka sedar dahulu,barulah kita ikut..."FroA,ToA,ForA.(From Allah,To Allah,For Allah)

Sebarkan nukilan ini.

1 comment:

raja hazwani aimi said...

salam.....
angah buah fikiran yang sangat bernas.....
terkesan pada diri wani ketika mana terasa rindu untuk berdamping dengan Al-Quran...
fenomena yang melanda diri wani sendiri..sesungguhnya tidak tercerita bagaimana perasaan ini timbul...harap dengan semangat mendampingi al-quran akan terus istiqamah...wani percaya dengan peningkatan yang sedikit tetapi berkesan dan bertahan lama berbanding peningkatan yang sangat drastik dan tidak mampu untuk kita istiqamah..doakan adik mu terus mengutip segala rahmat,hikmah & zat Al-quran untuk dihayati...

teruskan menulis angah!!!!!!